Beberapa hari kemudiannya, di dalam sebuah isu keluaran Famitsu, butir-butir mengenai Persona 3 dicetak di dalam sebuah artikel ringkas yang mengandungi maklumat tentang watak asas dan pertarungan.
Sistem pertarungan Persona 3 adalah bergilir, di mana Watak Utama dan rakan-rakan seperjuangannya menggunakan Persona mereka untuk menentang musuh.
Pada 19 April, 2007, Atlus Japan telah mengeluarkan sebuah disk tambahan untuk Persona 3 berjudul Persona 3 FES (ペルソナ3フェス, Perusona 3 Fesu?).
Patung-patung keluaran Kotobukiya mempunyai tapak yang mendirikan tubuh mereka berupa bulatan dengan sebuah lambang sekolah untuk Aigis dan Mitsuru, dan sebuah cermin untuk Watak Utama dan Akihiko.
Setiap tingkat di dalam Tartarus tidak mempunyai peta yang tetap, kecuali tingkat yang dihuni bos-bos kecil tersebut, justeru kawasan mereka adalah rawak setiap kali para pemain mengunjunginya.
Sebuah versi "director's cut", yang terdiri daripada Persona 3 dan Persona 3 FES, dikeluarkan pada hari yang sama.
Pada tanggal 18 Februari, 2008, Atlus meletakkan satu kiraan countdown di laman web rasmi mereka yang kelihatan cukup serupa kepada salah satu babak pembuka dalam Persona 3.
Sesetengah juga mengatakan bahawa struktur "hari demi hari" Persona 3, yang memberikan para pemain kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka ingini di antara waktu pertarungan yang boleh dan tidak boleh dielakkan, mungkin sekali mengakibatkan mereka berada di dalam situasi di mana mereka di bawah tahap yang sesuai untuk menghadapi serangan bos.[perlu rujukan] Persona 3 juga telah terakru dengan sebuah kontroversi kecil, kerana watak-wataknya menyeru "persona" mereka dengan menembak diri mereka di kepala dengan sejenis alatan yang digelar "Evoker," yang kelihatan serupa dengan sepucuk pistol.
Aigis dilihat berada di atap Sekolah Menengah Gekkoukan, memandang ke arah langit yang biru, dengan senyuman dan hati yang cekal, melihat pergerakan masa yang indah dan bermakna.
Walaubagaimanapun, perasaan jahat di dalam jiwa manusia telah terkumpul dan melahirkan Erebus buat bertahun-tahun lamanya, sejak lahirnya manusia lagi.
Meskipun Yukari dan Akihiko tidak dapat menghadiri parti tersebut, ahli-ahli SEES yang lain, termasuklah Aigis, menyambut parti itu bersama-sama.
