Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan sisik-sisik yang halus.
Kebanyakan kupu-kupu mengamalkan sistem penentuan jantina ZW yang mana yang betina ialah jantina heterogamet (ZW) dan yang jantan pula homogamet (ZZ).
Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.
Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim, yang mana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika mampu bertelur lebih sekali dalam setahun.
Bintik mata dan ekor terdapat pada kebanyakan kupu-kupu Lycaenidae dan adalah disangka bahawa fungsinya adalah untuk mengalih perhatian pemangsa dari kepalanya.
