Kuala Lumpur juga disebut dalam lagu dendangan tempatan seperti "Keroncong Kuala Lumpur" oleh P.
Kuala Lumpur juga berkembang menjadi destinasi beli-belah antarabangsa dengan beraneka pusat beli-belah yang memasarkan jenama tempatan dan antarabangsa yang tersohor.
Binaan-binaan berangka serba kaca tumbuh bagai cendawan di merata ibu kota, khususnya Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur sahaja diduduki oleh 66 pusat beli-belah, menjadikannya pusat peruncitan dan fesyen Malaysia.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kuala Lumpur dianggarkan bernilai RM73,536 juta pada tahun 2008 dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 4.2%.
Di Kuala Lumpur juga bertempatnya Universiti Malaya selaku universiti tertua di Malaysia semenjak kemerdekaan negara, iaitu pada tahun 1962.
Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini.
Kuala Lumpur memetik namanya daripada kuala yang menemukan Sungai Klang dan Sungai Gombak di tengah-tengah ibu kota itu.
Kuala Lumpur juga merumahkan salah satu peringkat dalam lumba basikal Tour de Langkawi.
Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh Kapitan Yap Ah Loy.
Pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 243.65 km2 (94.07 batu²), dengan ketinggian tanah purata 21.95 m (72.0 ka).
Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Sektor pelancongan juga tidak kurang penting peranannya dalam ekonomi Kuala Lumpur, bukan sahaja menyediakan pekerjaan berpendapatan, malah meluaskan peluang perniagaan.
Pada bulan Mac 2008, Time Out, majalah acara antarabangsa, dilancarkan di Kuala Lumpur selaku bandar sejagat yang ke-24.
Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga asing di Kuala Lumpur, yang kini meliputi 9% penduduk bandar.
