Naga mendengar dengan tanduknya, kerana telinganya tidak berdaya mendengar." Tambahnya lagi, "Ada pihak lain mengatakan ia bermata arnab, berperut katak, dan bersisik ikan kap." Naga Cina dikatakan mempunyai 117 keping sisik kesemuanya, yang mana 81 berintipati yang (positif) manakala 36 yang selebihnya berintipati yin (negatif).
Pada zaman Dinasti Zhou, naga berkuku lima diuntukkan kepada Putera Kayangan (Maharaja), naga berkuku empat untuk golongan bangsawan, dan naga berkuku tiga untuk para menteri.
Pada zaman sekarang, jarang sekali ada orang yang percaya akan kewujudan naga, apatah lagi naga sebagai makhluk yang wujud.
Naga merupakan salah satu daripada 12 haiwan yang membentuk zodiak Cina yang digunakan untuk menamai tahun-tahun dalam kalendar Cina.
Dalam kepercayaan umum, naga Cina sangat dikaitkan dengan air.
Menurut legenda Cina, dua orang maharaja yang terawal, iaitu Huangdi dan Yandi, amat berkait rapat dengan naga.
Sesetengah pihak turut berpendapat bahawa bentuk naga Cina berasal daripada gambaran haiwan-haiwan maujud yang diolah gayanya, seperti ular, ikan atau buaya.
