Harimau betina lebih kecil berbanding harimau jantan dalam setiap subspesies.
Harimau jantan lebih tidak tahan dengan kehadiran jantan yang lain dalam wilayahnya berbanding harimau betina terhadap betina yang lain.
Harimau bintang mengelak persaingan harimau belang dengan memburu mangsa yang berlainan pada waktu yang berlainan.
Liputan wilayah seekor harimau jantan sering bertindan dengan beberapa wilayah harimau betina.
Harimau juga sering didapati membawa mangsa yang dibunuhnya merentasi tasik.
Harimau jantan pula lebih berjauhan dari induk berbanding harimau betina, iaitu keluar pada usia yang agak muda untuk menandakan kawasan sendiri.
Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal (selain singa).
Harimau merupakan perenang baik dan dapat berenang sehingga 4 batu.
Seekor harimau betina boleh menguasai wilayah seluas 20 kilometer persegi, manakala harimau jantan pula lebih luas wilayahnnya, iaitu sekitar 60–100 km2.
Harimau juga membiak dengan sihat dalam kurungan, hinggakan bilangan harimau dalam kurungan di Amerika Syarikat mampu mengatasi bilangan harimau liar sedunia.
Seekor harimau jantan muda memperoleh wilayahnya sama ada dengan mencari liputan yang tiada harimau jantan yang lain, atau tinggal dalam wilayah harimau jantan lain buat seketika, sehingga usianya dan kekuatannya mencukupi untuk mencabar tuan rumahnya.
Lebih jarang ditemui pula ialah tigon, yang merupakan kacukan antara harimau jantan dan singa betina (tiger + lion).
Harimau betina muda cenderung mengasaskan wilayah pertamanya berhampiran dengan kawasan induknya.
Harimau Siberia dan beruang perang boleh bersaing sesama sendiri dan selalunya mengelak daripada bertembung; namun demikian, harimau boleh membunuh anak beruang dan adakalanya beruang dewasa juga.
Contohnya, walaupun sering mengelakkan diri dari satu sama lain, namun pernah dirakamkan juga harimau jantan mahupun betina berkongsi habuan buruannya.
Harimau yang tegar memakan manusia sebenarnya jarang mencerobohi kawasan penempatan manusia, sebaliknya berdiam di pinggiran kampung sahaja.
Sepanjang hayatnya, seekor harimau betina melahirkan bilangan anak jantan dan betina yang lebih kurang sama rata.
