Bermulanya hari yang baru, Tok Dalang memesan Rajoo agar membawa Badrol dan Lim ke dusunnya dengan menaiki kereta lembu yang ditarik oleh Sapy.
Di tengah perbalahan, ibu Oopet menyaksikan anaknya pengsan lalu bertukar menjadi gergasi dan garang dan menyerang sesiapa sahaja di perkarangan rumah Pak Mail.
Pada waktu malam, Tok Dalang menceritakan lagi misteri Hantu Durian kepada Badrol dan Lim.
Pada akhir bulan November 2008, pihak Les' Copaque memaklumkan mereka sudah menerima kelulusan dari LPF tanpa potongan dan diberi kebenaran untuk menayangkan filem ini oleh FINAS.
Pada pagi keesokan, Badrol dan Lim bertolak ke Kampung Durian Runtuh dengan menaiki bas, tetapi bas rosak di tengah jalan, walaupun cuma 5 km dari kampung.
Mereka berdua terpaksa berjalan kaki (Lim pula dibebani beg yang berat diisi barang-barang yang tidak penting) sehingga tibanya lori Pak Mail dan Singh.
Brunei Darussalam menjadi pasaran luar pertama yang menayangkan filem Geng di pawagam sekitar bulan Jun, tetapi menurut pengarah Nizam Razak, sambutannya "kurang memberangsangkan".
Pihak Les' Copaque menyediakan lima gelendong filem Geng yang asli, tiga daripadanya dihantar ke syarikat Kantana Group di Bangkok, Thailand untuk menjalani proses adunan bunyi.
Muthu menyuruh si kembar Upin dan Ipin yang asyik mengacaunya, agar menemani Badrul dan Lim ke sana, diikuti sekali oleh Ros, kakak kepada Upin dan Ipin.
Oopet membawa Ros, Rajoo, Upin dan Ipin ke dalam kawasan kelam untuk berteduh, tetapi diancam pula oleh seekor ular tedung raksasa dan sekawan lintah gergasi.
Filem ini sebenarnya diadakan tayangan perdana di Bioskop Blitzmegaplex sempena Festival Filem Untuk Kanak-Kanak Antarabangsa, Indonesia, di mana filem ini berjaya merangkul Anugerah Pilihan Penonton.
Ketika mengejar serangga yang serupa kupu-kupu, Oopet melalui gerbang ke dunia kita lalu bertembung dengan raksasa tengkorak dalam suasana yang kelam dan ngeri.
